Pada 15 Mac yang lepas pihak sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Sg Kenyah buat kali ke 3 bagi sesi 2015/2016. Mesyuarat ini telah diadakan di dewan SK Sg Kenyah dengan kehadiran seramai 79 orang. Agenda dimulakan dengan ucapan dari penasihat PIBG iaitu Guru Besar En Tomi Bin Hj. Bakar dan seterusnya disusuli dengan Ucapan YDP PIBG En Mohamad Wasli Bin Abdullah. Selepas itu majlis diteruskan lagi dengan pembentangan minit mesyuarat agung tahunan yang lalu oleh Puan Dara Binti Osen serta diikuti dengan pembentangan penyata kewangan yang lalu oleh En. Rayaman Bin Bejoh. Selepas itu PIBG sesi 2014/2015 dibubarkan dan dilantik jawatankuasa yang baru bagi sesi 2015/2016. Mesyuarat ditangguhkan dengan ucapan daripada YDP yang baru dilantik bagi tahun 2015/2016 iaitu Puan Hasmalisa Binti Husaini.
No comments:
Post a Comment