SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Kenyah dibangunkan
pada tahun 1961. Bangunan pertama sekolah ini didirikan bersebelahan dengan
sebatang sungai kecil yang bernama Sungai Kenyah. Nama SK Sungai Kenyah ini
diberi oleh penduduk kampung berikutan kedudukan sekolah adalah di tebing
sungai terbabit. Bangunan sekolah ini didirikan secara bergotong- royong oleh
penduduk kampung.
Pada tahun 1973, Jalan Kuching - Serian telah
dibina berdekatan dengan sekolah. Berikutan dengan pembinaan jalan raya
tersebut, penduduk kampung telah mengambil inisiatif bagi membina rumah- rumah
mereka berdekatan dengan jalan raya tersebut. Berikutan dengan dengan
perpindahan masyarakat di sepanjang jalan raya terbabit, satu kampung baru
telah diwujudkan dan diberi nama Kampung Lintang Baru. Pada tahun 1981, SK
Sungai Kenyah telah dipindahkan ke tapak sekolah sekarang berikutan kewujudan
kampung baru ini. Pembinaan sekolah di tapak baru ini dibina secara bergotong
royong oleh penduduk Kampung Lintang Baru dan Kampung Sg. Barie.
Pada tahun 1977, pihak sekolah telah mendapat
peruntukan sebanyak RM38 725 bagi membina bangunan sekolah dengan tujuh bilik
darjah. Pembinaan sekolah ini melibatkan ahli- ahli PIBG dan penduduk kampung.
Hasilnya wujudlah bangunan sekolah yang ada sekarang serta satu kelas untuk
KEMAS.
Dari segi statisktik kaum, 82% murid sekolah
ini adalah terdiri daripada kaum Melayu dan bakinya merupakan murid dari kaum
Iban dan Bidayuh. Majoriti murid- murid sekolah ini terdiri daripada anak- anak
petani kerana sumber ekonomi utama penduduk di sini adalah melalui pertanian.
Bil
|
Nama
|
Tahun berkhidmat
|
1
|
Mohd Ajoll Bin Yars
|
1961-1967
|
2
|
Jamahari Bin Embuas
|
1968-1970
|
3
|
Awang Jubli Bin Awang Tahot
|
1971-1978
|
4
|
Mohd Ajoll Bin Yars
|
1979-1986
|
5
|
Abang Madehi Bin Abang Rafai
|
1987-2004
|
6
|
Ningkan Suai
|
2005-2012
|
7
|
Bujang Bin Wen
|
2013-2014
|
8
|
Tomi Bin Hj Bakar
|
2014-2015
|
9
|
Putit@Putit Aris Bin Keli
|
2016-2017
|
10
|
Aton Bin Rosli
|
2017-Sekarang
|
1.
VISI
Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera
MISI
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
No comments:
Post a Comment