Assalamualaikum dan Selamat Datang ke blog SK Sg Kenyah. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian blog ini. Kali terakhir blog ini dikemaskini ialah pada 25 DISEMBER 2019. Terima Kasih

Sunday, September 28, 2014

KEM BESTARI SOLAT FASA 4 TAHUN 2014



Model Kem Bestari Solat (KBS) adalah salah satu daripada program j-QAF dan wajib dilaksanakan sebanyak empat kali dalam setahun. Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan, dan penghayatan.

Pada 27 September 2014, Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SK Sg Kenyah telah menjalankan kem ini untuk kali yang keempat. Kem bermula pada jam 7.30 pagi mengikut jadual yang telah diedarkan kepada setiap fasilitator. Kem kali ini disertai oleh 6 orang fasilitator yang mana terdiri daripada guru Pendidikan Islam dan j-QAF sekolah dibantu oleh seorang guru kafa dan dua orang fasilitator jemputan khas.


Murid- murid diajar daripada cara berwudhuk hinggalah kepada cara solat yang betul dan sempurna. Semoga dengan adanya kem seperti ini, murid - murid akan dapat melaksanakan solat dengan perlakuan yang betul untuk meraih pahala daripada Allah SWT.

Disini disertakan antara gambar- gambar sepanjang Kem Bestari Solat untuk kali ini....




Penerangan daripada fasilitator


Amali Wudhuk


Waktu rehat.. Fasi- fasi sedang menjamu selera


Soal jawab tentang solat


Amali solat secara individu sambil diperhatikan oleh murid- murid yang lain.


Ustaz Khairi sedang menjelaskan sesuatu


Semoga menjadi anak yang solehah.. InsyaAllah



Amali solat berjemaah

Ini merupakan kem yang terakhir untuk tahun 2014. Semoga bertemu lagi dalam kem yang akan datang pada tahun hadapan 2015.

Thursday, August 28, 2014

PERTANDINGAN TEKA SILANGKATA PENDIDIKAN ISLAM DAN JAWI ANTARA RUMAH SUKAN


27 OGOS 2014 - Pertandingan menjawab teka silangkata dan jawi ini dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Objektif pertandingan ini adalah:

  1. Menguji pengetahuan dan kefahaman murid- murid dalam ilmu Pendidikan Islam.
  2. Mengalakkan murid- murid berfikir untuk mencari jawapan yang sesuai seperti yang dikehendaki.
  3. Membentuk murid- murid supaya sentiasa menimba ilmu-ilmu agama dalam kehidupan walau dimana berada.
  4. Memartabatkan tulisan jawi di Malaysia.
Disamping itu juga, kedudukan dalam pertandingan ini akan diberi mata untuk rumah sukan masing- masing dan markahnya akan ditambah dengan acara sukan lain. Pertandingan ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat antara murid kerana disamping mereka mengejar markah untuk sukan, mereka juga dapat mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam ilmu Pendidikan Islam.





Sunday, August 17, 2014

KEM BESTARI SOLAT FASA III 2014


Kem Bestari Solat Fasa III 

Kem Bestari Solat kali ke 3 telah dilangsungkan pada 16 Ogos 2014 yang lepas. Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SK Sungai Kenyah. Kem Bestari Solat ini dilaksanakan untuk memastikan pelajar dapat mengetahui dan mengaplikasikan cara menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perlakuan. Guru- guru Pendidikan Islam, j-QAF dan KAFA terlibat dalam menjayakan kem ini. Semoga murid- murid SKSK dapat mengamalkan ilmu yang diajar di dalam kem ini. Insha Allah.